Hamas siar video tebusan Israel cedera akibat serangan di Gaza

Hamas siar video tebusan Israel cedera akibat serangan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam menyiarkan satu video menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai tebusan Israel cedera dalam serangan udara di Gaza, pada Jumaat.

Dalam video selama empat minit yang tidak bertarikh dan belum dapat disahkan oleh AFP, tebusan berkenaan yang memakai pembalut di kepala dan lengan kiri, bercakap dalam bahasa Hebrew dan mendakwa dirinya cedera akibat pengeboman tentera Israel baru-baru ini.

AFP dan media Israel mengenal pasti mangsa sebagai Maxim Herkin, seorang warga Russia-Israel yang bakal menyambut ulang tahun ke-37 hujung Mei ini.

Dalam rakaman itu, beliau merujuk dirinya sebagai ‘Tahanan 24’ dan tidak dinamakan oleh Hamas.

Tebusan itu kelihatan terbaring di atas lantai dan menyebut tentang sambutan Hari Kemerdekaan pada 1 Mei sebagai ‘akan datang’, menunjukkan video itu berkemungkinan dirakam sebelum tarikh berkenaan.

AFP tidak dapat mengesahkan tahap kesihatan Herkin, namun mesej yang disampaikan serupa dengan beberapa video lain yang menampilkan tebusan, menyeru tekanan dikenakan ke atas kerajaan Israel untuk membebaskan baki tahanan.

Herkin pernah muncul dalam video lain yang disiarkan Hamas pada awal April yang ketika itu memakai pembalut kecil di pergelangan tangan kanan serta pipi dan telinga.

Dalam rakaman berkenaan, beliau berada bersama seorang lagi tebusan yang dikenal pasti oleh media Israel sebagai anggota tentera Bar Kuperstein.

Kedua-dua lelaki itu dilaporkan diculik ketika menghadiri Festival Muzik Nova pada 7 Oktober, serangan yang meragut 1,218 nyawa di pihak Israel yang kebanyakannya orang awam, menurut kiraan AFP berdasarkan angka rasmi regim itu.

Satu gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada 19 Januari lalu berjaya menghentikan lebih 15 bulan pertempuran.

Dalam tempoh enam minggu gencatan senjata, 33 tebusan dibebaskan, termasuk lapan yang sudah meninggal dunia.

Namun, Israel kembali melancarkan operasi berskala besar di seluruh Gaza bermula 18 Mac selepas usaha rundingan lanjutan gencatan senjata menemui jalan buntu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya