BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) meluluskan empat siri sekatan baharu terhadap Russia berhubung perang di Ukraine, termasuk pakej ke-17 yang menyasarkan armada ‘bayangan’ Moscow serta langkah berkaitan senjata kimia, hak asasi manusia dan ancaman hibrid. Suruhanjaya Eropah (EC) dalam satu kenyataan memaklumkan, sekatan tersebut merupakan sebahagian usaha berterusan EU dan sekutunya di Barat untuk menyekat operasi armada kapal tangki Russia yang digunakan untuk mengelak had harga minyak mentah yang dikenakan oleh…










