AUCKLAND: Jumlah penduduk meninggalkan New Zealand mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 12 bulan hingga Mac lalu.
Menurut laporan laporan data statistik New Zealand hari ini, seramai 123,256 individu meninggalkan negara itu dalam tempoh berkenaan, termasuk 70,000 warganegara New Zealand.
Mengikut data itu, terdapat 149,607 kemasukan migran ke New Zealand, yang menghasilkan peningkatan bersih sebanyak 26,351 orang, sekali gus mencatatkan bacaan tahunan terendah sejak Disember 2022.
Jumlah berkenaan menurun secara berterusan daripada kemuncaknya melebihi 135,000 pada akhir 2023, selaras dengan kelembapan ekonomi yang mengurangkan pengambilan pekerja dan tekanan kenaikan gaji.
Ramai warga New Zealand memilih untuk mencari peluang pekerjaan di luar negara khususnya ke Australia bagi mendapatkan gaji yang lebih tinggi.
Sementara itu, pekerja asing pula semakin tidak berminat datang ke negara itu apabila peluang pekerjaan semakin berkurangan menyaksikan kemasukan migran menurun sebanyak 28 peratus bagi tahun berakhir Mac 2024.
Kira-kira 59 peratus daripada jumlah yang meninggalkan negara itu adalah warga New Zealand, kebanyakannya berhijrah ke Australia, bagi tempoh tahun berakhir pada September lalu.
Pelarasan data menunjukkan pertambahan rekod bersih sebanyak 84,230 orang dalam tempoh tiga bulan berakhir Februari lalu, menurun daripada anggaran awal sebanyak 96,570.