GENEVA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memberi amaran usaha bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza hampir lumpuh sepenuhnya. Perang yang berlarutan lebih 18 bulan dan sekatan bantuan kemanusiaan selama dua bulan oleh tentera Israel menjadikan keadaan di Gaza terus merosot. “Tanpa penyambungan segera penghantaran bantuan, ICRC tiada akses kepada bekalan makanan, ubatan dan keperluan kritikal lain yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza,” menurut kenyataan ICRC. Timbalan Pengarah Operasi ICRC, Pascal Hundt…










