Dua petugas Kedutaan Israel maut ditembak di Washington - Utusan Malaysia

Dua petugas Kedutaan Israel maut ditembak di Washington

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dua petugas Kedutaan Israel maut ditembak dalam dalam satu insiden berhampiran Capital Jewish Museum di Washington, D.C., Amerika Syarikat semalam.

Insiden itu menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Elias Rodriguez, 30 tahun, ditahan di lokasi kejadian.

Suspek didakwa melaungkan slogan ‘Bebaskan Palestin’ sejurus melepaskan tembakan, dan pihak berkuasa menyiasat sama ada insiden ini mempunyai unsur jenayah kebencian atau pengaruh ideologi ekstrem.

Presiden AS Donald Trump dan Presiden Israel Isaac Herzog mengecam serangan itu, menyifatkannya sebagai tindakan anti-Semitik dan keganasan tidak berperikemanusiaan, dengan siasatan diketuai oleh pihak berkuasa AS.

Kedua-dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita, dipercayai merupakan pasangan muda yang merancang untuk berkahwin.

Mereka ditembak di persimpangan Jalan 3 dan F di Northwest, berdekatan pejabat lapangan FBI serta pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat.

Menurut Ketua Polis Metropolitan Washington, Pamela Smith, suspek dilaporkan mundar-mandir di luar muzium sebelum satu acara bermula dan kemudian melepaskan tembakan.

Pihak berkuasa memaklumkan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan semua kedutaan Israel di seluruh dunia mengetatkan kawalan keselamatan susulan insiden berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×