Bergambar guna rakaman CCTV jadi trend pelancong di China - Utusan Malaysia

Bergambar guna rakaman CCTV jadi trend pelancong di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SICHUAN: Pemandangan menakjubkan meliputi banjaran gunung bersalji serta hutan menghijau, Banjaran Gunung Wawu di Sichuan menjadi tarikan utama pelancong domestik China.

Bagi Wei Xi yang melancong ke kawasan itu bersama rakan-rakannya pada Januari lalu, peluang untuk mendapatkan foto panorama yang unik membawa kepada satu idea luar biasa apabila dia menyedari kewujudan beberapa kamera litar tertutup (CCTV) rasmi yang dipasang di sekitar lokasi, masing-masing menghala ke arah yang berbeza.

“Saya tiba-tiba mendapat ilham. Oleh kerana kami boleh mengakses siaran langsung kamera pemantauan awam ini, kami hanya perlu berdiri di hadapannya dan tangkap layar skrin,” tulis Wei di akaun Xiaohongshu miliknya.

Menurutnya, siaran langsung daripada kamera CCTV itu juga amat berguna untuk memantau keadaan di puncak gunung, memandangkan kumpulannya bimbang tidak akan menemui salji ketika lawatan tersebut.

Dengan rangkaian pengawasan yang melibatkan 600 juta kamera bagi memantau lebih 1.4 bilion penduduknya, China merupakan antara negara paling ‘dipantau’ di dunia.

Namun, pelancong semakin bijak memanfaatkan kamera CCTV yang dipasang di kawasan pelancongan terkenal untuk mengambil ‘foto kenangan’ iaiu menerusi tangkap layar daripada siaran langsung yang boleh diakses orang awam.

Di platform Xiaohongshu, pengguna berkongsi gambar dan pengalaman mereka mengambil foto pelancongan melalui CCTV.

Seorang pengguna bernama Jiang Baibai sebelum ini kehilangan kameranya ketika melawat Makam Sun Yat-sen di bandar Nanjing bersama rakan dan memilih untuk bergambar menggunakan siaran langsung CCTV sebagai alternatif.

Seorang lagi pelancong yang mengunjungi Gunung Emei iaitu satu lagi lokasi popular di Sichuan turut menyedari bahawa CCTV rasmi boleh digunakan untuk mengambil gambar waktu nyata dari pelbagai sudut.

Katanya, Gunung Emei menyediakan beberapa siaran kamera langsung yang boleh diakses melalui akaun rasmi WeChat kawasan itu, yang membolehkan pengunjung memantau keadaan cuaca dan kesesakan orang ramai sebelum berkunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN