Bendera Palestin akan dikibarkan bersama negara anggota di pejabat WHO - Utusan Malaysia

Bendera Palestin akan dikibarkan bersama negara anggota di pejabat WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) pada Isnin meluluskan usul bagi membenarkan bendera negara pemerhati bukan ahli dikibarkan di ibu pejabat dan pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Langkah itu membuka jalan untuk bendera Palestin dikibarkan bersama-sama bendera negara anggota WHO yang lain.

Usul itu diluluskan dengan 95 undi menyokong, empat menentang — iaitu Israel, Hungary, Republik Czech dan Jerman — serta 27 berkecuali.

Menurut resolusi itu, bendera negara pemerhati bukan ahli di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan disusun selepas bendera negara anggota WHO, mengikut abjad.

Resolusi itu turut menegaskan, langkah ini tidak memberi implikasi kepada status keahlian dalam organisasi berkenaan.

Perbincangan tertumpu kepada bendera Palestin secara khusus, dengan Resolusi 70/15 Perhimpunan Agung PBB dijadikan asas perundangan.

Draf resolusi berkenaan dikemukakan oleh 20 buah negara termasuk Malaysia, Algeria, Indonesia, Turkiye serta beberapa negara Arab dan Afrika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN