Bangkai kapal dagang Belanda karam 168 tahun lalu ditemukan

Bangkai kapal dagang Belanda karam 168 tahun lalu ditemukan

KAPAL sepanjang 43 meter itu dilaporkan berlayar dari Teluk Guichen sebelum hilang secara tiba-tiba di lautan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Bangkai kapal dagang Belanda seberat 800 tan yang karam 168 tahun lalu dan mengorbankan 16 anak kapal ditemukan oleh pasukan arkeologi.

Kapal Koning Willem de Tweede karam di perairan Robe, Australia Selatan pada Jun 1857, hanya beberapa hari selepas menurunkan lebih 400 pelombong Cina.

Penemuan bersejarah ini diumumkan oleh Muzium Maritim Kebangsaan Australia bersama Yayasan Silent World selepas pencarian intensif selama empat tahun.

Muzium itu menyatakan penemuan tersebut menunjukkan kaitan penting dengan sejarah perdagangan dan migrasi memandangkan kapal itu membawa pendatang Cina yang berjalan kaki ke kawasan lombong emas di Victoria selepas mendarat di Australia Selatan.

Kapal sepanjang 43 meter itu dilaporkan berlayar dari Teluk Guichen sebelum hilang secara tiba-tiba di lautan.

Menurut pakar, penemuan bangkai kapal ini membantu menceritakan kisah penghijrahan masyarakat Cina ke selatan Australia ketika era kemuncak pencarian emas di Victoria iaitu satu tempoh kemakmuran antara 1851 hingga akhir 1860-an yang menyaksikan lonjakan penduduk dan kekayaan.

Jurucakap Muzium Maritim Kebangsaan Australia, James Hunter memberitahu stesen penyiaran ABC bahawa ahli arkeologi turut menemukan beberapa komponen utama kapal berkenaan.

Antara yang ditemui termasuk windlass iaitu alat yang digunakan untuk menaikkan dan menurunkan peralatan kapal yang dilihat terkeluar dari dasar laut.

“Kami meneliti aspek seperti kedalaman kapal, drafnya dan kedalaman air tempat ia ditemui dan semuanya sangat sepadan,” jelas Hunter.

Beliau juga mendedahkan penyelidik menemukan satu anomali magnetik di dasar laut yang sepadan dengan panjang kapal tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN