Ahli arkeologi temukan tiga makam Mesir purba berusia lebih 3,500 tahun - Utusan Malaysia

Ahli arkeologi temukan tiga makam Mesir purba berusia lebih 3,500 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUXOR: Tiga makam kuno Mesir dipercayai berusia lebih 3,500 tahun ditemukan semula dalam satu penemuan arkeologi yang mengagumkan.

Makam-makam tersebut yang digali dari tapak arkeologi Dra Abu el-Naga di kawasan Tebing Barat Luxor disifatkan sebagai hasil ciptaan tangan asli rakyat Mesir, menurut kenyataan rasmi.

Pakar arkeologi mengesahkan bahawa makam-makam ini berasal dari zaman Kerajaan Baru Mesir iaitu satu era kemakmuran yang merangkumi tiga dinasti antara tahun 1550 hingga 1070 Sebelum Masihi.

Melalui inskripsi yang ditemui di dalam makam, para penyelidik berjaya mengenal pasti nama serta gelaran pemilik-pemilik makam tersebut. Ketiga-tiga mereka merupakan lelaki dewasa yang bukan daripada kalangan diraja namun memainkan peranan penting dalam kehidupan harian masyarakat Mesir purba.

Selain rangka manusia, turut ditemukan ialah beberapa artifak Mesir kuno termasuk alat-alat kerja dan patung kecil berbentuk mumia.

Dra Abu el-Naga yang terletak berdekatan Lembah Raja-Raja yang terkenal merupakan lokasi pengebumian pegawai tinggi, penyelia dan jurutulis kerajaan pada zaman dahulu.

Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir menyatakan makam-makam ini milik pegawai kanan negara.

Penemuan ini akan diterbitkan secara rasmi dalam jurnal saintifik selepas kajian lanjut dijalankan oleh para arkeologi.

Satu daripada makam di Luxor dikenal pasti sebagai milik seorang lelaki bernama Amum-em-Ipet, dipercayai berasal dari Dinasti ke-19 atau ke-20 atau dikenali sebagai zaman Ramesside.

Menurut pakar, Amum-em-Ipet bekerja di kuil atau ladang yang didedikasikan kepada dewa Amun, tuhan udara dan kesuburan dalam kepercayaan Mesir purba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN