GAZA: Sekurang-kurangnya 118 orang terbunuh akibat bedilan udara tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza.
Menurut Jabatan Pertahanan Awam ditadbir Hamas, seramai 56 orang terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak apabila kediaman serta khemah perlindungan dibom sepanjang malam di Khan Younis.
Koresponden media antarabangsa di Gaza melaporkan, mayat penduduk bergelimpangan di jalanan, selain rumah mayat di beberapa hospital juga penuh.
Jurucakap jabatan itu memberitahu, serangan udara turut berlaku di Jabalia, menyaksikan lebih 50 orang terbunuh dengan beberapa klinik dan dewan solat di kem pelarian diserang.