Wanita tersalah buang ‘haiwan peliharaan’, warga asing mengamuk - Utusan Malaysia

Wanita tersalah buang ‘haiwan peliharaan’, warga asing mengamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Niat murni seorang wanita Thailand untuk menolong seorang warga asing dengan membuang seekor lipas dari kepalanya bertukar menjadi insiden memalukan apabila lelaki itu mengamuk kerana mendakwa serangga tersebut sebenarnya adalah haiwan peliharaannya.

Insiden tersebut yang berlaku di Kamphaeng Phet, wilayah di tengah Thailand, tular dalam media sosial tempatan selepas dimuat naik di laman Facebook berita Esor News.

“Orang Thai prihatin. Seorang wanita melihat seekor lipas di atas kepala seorang warga asing lalu membuangnya. Tidak disangka, lelaki itu marah kerana lipas tersebut adalah haiwan peliharaannya yang dibawa berjalan,” menurut kapsyen video berkenaan.

Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan memindahkan lipas dari tangannya ke atas kepala sambil memakai balaclava berwarna hitam untuk memudahkan serangga itu berpaut ketika bergerak.

Wanita Thai itu kemudian menepis lipas tersebut, menyebabkan lelaki itu melompat dan menjerit walaupun wanita berkenaan sudah beredar.

Lelaki itu kemudiannya mencari lipasnya semula dan meletakkannya kembali di atas kepala.

Insiden berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya