Ukraine dakwa tawan dua warga China berperang untuk Russia

Ukraine dakwa tawan dua warga China berperang untuk Russia

TANGKAP layar wajah seorang daripada dua tentera China yang ditawan oleh pasukan Ukraine di wilayah Donetsk.-AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden, Volodymyr Zelensky mendedahkan dua warga China yang berperang bersama tentera Russia ditahan di bahagian timur Ukraine, sekaligus mencetuskan kebimbangan baharu mengenai penglibatan Beijing dalam konflik bersenjata itu.

Menurut Zelensky, pasukan tentera Ukraine yang sedang beroperasi di wilayah Donetsk berjaya merampas dokumen pengenalan, kad bank dan maklumat peribadi milik dua warga China terbabit.

“Kami mempunyai maklumat bahawa terdapat lebih ramai warga China yang menyertai unit tentera penceroboh. Kami sedang menyiasat fakta-fakta ini,” katanya menerusi satu kenyataan di aplikasi Telegram, semalam.

Zelensky turut memaklumkan beliau telah mengarahkan Kementerian Luar Ukraine untuk segera menghubungi Beijing dan menuntut penjelasan mengenai perkara tersebut.

“Penglibatan China secara langsung atau tidak langsung dalam perang ini adalah bukti jelas bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin tidak mahu menamatkan perang. Sebaliknya, beliau terus mencari jalan untuk meneruskannya,” tegas beliau dipetik CNN.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada dua warga China itu merupakan anggota tentera rasmi atau sukarelawan. 

Menteri Luar Ukraine, Andrii Sybiha memaklumkan Kyiv telah memanggil pegawai Kedutaan China di Ukraine untuk menyatakan bantahan rasmi dan menuntut penjelasan lanjut.

Presiden Ukraine itu turut menyamakan tindakan China dengan penglibatan Iran dan Korea Utara yang sebelum ini disahkan menyokong Russia secara ketenteraan. 

Sebelum ini, Kementerian Luar China menerusi hantaran media sosial pada Januari lalu pernah menasihatkan rakyatnya supaya menjauhi zon konflik dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk pertempuran ketenteraan.

Menurut pegawai kanan pentadbiran bekas Presiden Joe Biden, China membantu Russia mengukuhkan keupayaan industri pertahanannya dengan membekalkan pelbagai barangan dan teknologi termasuk alat mesin, enjin dron serta peluru berpandu disamping turut didakwa membekalkan mikroelektronik dan nitroselulosa, bahan utama dalam pembuatan senjata kepada sekutu rapatnya itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya