Lima tentera AS cedera ditembak di pangkalan, suspek ditahan - Utusan Malaysia

Lima tentera AS cedera ditembak di pangkalan, suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA: Lima anggota tentera Amerika Syarikat (AS) cedera ditembak dalam satu insiden di Fort Stewart, Georgia pada Rabu dan suspek ditahan oleh pihak berkuasa tentera.

Insiden berlaku sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan di kawasan pasukan 2nd Armored Brigade Combat Team. Pangkalan tentera itu segera dikunci sejurus selepas kejadian, dan suspek ditahan 11.35 pagi.

“Tiada lagi ancaman terhadap komuniti,” kata Fort Stewart dalam satu kenyataan di Facebook.

Kelima-lima mangsa menerima rawatan awal di lokasi sebelum dipindahkan ke Hospital Komuniti Tentera Winn untuk rawatan lanjut.

Tiga daripada mereka menjalani pembedahan, namun kesemua mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka pulih sepenuhnya, menurut Komander Pangkalan, Brigedier Jeneral John Lubas.

Suspek dikenal pasti sebagai Sarjan Quornelius Radford, 28 tahun, anggota logistik dalam 2nd Armored Brigade.

Radford tidak pernah dikerahkan ke zon konflik, dan insiden tersebut berlaku di tempat kerjanya sendiri. Senjata yang digunakan adalah pistol milik peribadi, bukan senjata dikeluarkan oleh tentera.

“Saya tidak percaya kejadian ini berkait dengan sebarang latihan. Namun saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai motif suspek,” kata Jeneral Lubas dalam satu sidang media

Lubas juga memaklumkan Radford telah ‘dilumpuhkan’ oleh anggota tentera lain sebelum ditahan oleh polis tentera.

Gabenor Georgia, Brian Kemp, menyatakan rasa sedih berhubung tragedi itu dan meminta seluruh rakyat Georgia untuk mendoakan mangsa dan keluarga mereka.

Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan sedang memantau perkembangan terkini, menurut Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN