SUMY: Sejumlah mayat bergelimpangan di jalan raya di bandar Sumy, utara Ukraine, selepas serangan peluru berpandu balistik oleh Rusia pada pagi Ahad.
Dalam kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Ukraine, Ihor Klymenko memaklumkan sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dan 83 lagi cedera.
Presiden Volodymyr Zelenskiy turut mengecam serangan itu serta menyifatkan kejadian sebagai salah satu serangan paling dahsyat terhadap Ukraine tahun ini sekali gus turut dan menyeru tindak balas tegas antarabangsa terhadap Moscow.
Tegas beliau, hanya manusia tidak berhati perut yang sanggup bertindak sebegitu sehingga meragut nyawa orang awam.
Katanya, lebih menyedihkan apabila kejadian itu berlaku pada hari orang ramai ke gereja.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Klymenko berkata kesemua mangsa berada di jalan raya, kereta, pengangkutan awam dan di dalam bangunan ketika serangan berlaku.