WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersiap sedia untuk mengumumkan tarif baharu besar-besaran sempena ‘Hari Pembebasan’ pada Rabu, tetapi masih membiarkan dunia tertanya-tanya mengenai skop penuh langkah yang boleh mencetuskan perang perdagangan global itu. Trump akan mengumumkan langkah-langkah itu diiringi anggota kabinetnya di Taman Mawar, Rumah Putih pada pukul 4.00 petang (waktu tempatan), dengan janji bahawa tarif tersebut akan menghentikan AS daripada terus ‘ditipu’ serta membawa era ‘keemasan baharu’…










