Pope Francis diangkat sebagai pejuang golongan miskin

Pope Francis diangkat sebagai pejuang golongan miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VATICAN CITY: Pope Francis, pemimpin pertama Gereja Katolik dari Amerika Latin yang diangkat sebagai pejuang golongan miskin, akan dihormati dalam satu majlis pengebumian besar-besaran dihadiri pemimpin dunia dan ratusan ribu penganut Katolik.

Paus yang berasal dari Argentina itu meninggal dunia pada Isnin lalu pada usia 88 tahun, selepas 12 tahun memimpin Gereja Katolik dengan misi untuk menjadikan institusi itu lebih terbuka dan inklusif.

Lebih 250,000 orang memberi penghormatan terakhir kepada beliau di Basilika St. Peter.

Majlis pengebumian akan berlangsung di Dataran St. Peter pada pukul 10 pagi (waktu tempatan), dengan kehadiran lebih 50 ketua negara, termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Pihak berkuasa Itali dan Vatican melancarkan operasi keselamatan besar-besaran, memandangkan hingga 200,000 orang dijangka hadir.

Kawasan larangan terbang turut dikuatkuasakan, jet pejuang bersiap siaga dan penembak tepat ditempatkan di bumbung-bumbung sekitar negara kota suci itu.

Sepanjang tiga hari lalu, orang ramai sanggup beratur selama berjam-jam untuk melihat sekilas jasad pemimpin yang dikenali kerana sifat kemanusiaannya, gurauan mesra, dan pembelaan terhadap golongan tertindas.

“Beliau membantu ramai orang, perhatikan mereka yang sebelum ini tak pernah dipandang,” kata Sofiia Popkova, 19, dari Kyrgyzstan kepada AFP.

Majlis pengebumian ini juga menandakan permulaan kepada sembilan hari tempoh berkabung rasmi di Vatican untuk mendiang Francis, yang menjadi paus selepas Pope Benediktus XVI meletak jawatan pada tahun 2013.

Selepas tempoh berkabung selesai, para kardinal akan berkumpul untuk memilih paus baharu yang akan mengetuai 1.4 bilion umat Katolik di seluruh dunia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya