Pembinaan bangunan terbengkalai tertinggi dunia bakal disambung semula

Pembinaan bangunan terbengkalai tertinggi dunia bakal disambung semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pembinaan pencakar langit tidak berpenghuni tertinggi di dunia dijangka disambung semula seawal minggu depan, hampir 10 tahun selepas kerja-kerja dihentikan, menurut media rasmi China.

Menara setinggi 597 meter dikenali sebagai Goldin Finance 117, yang terletak di pelabuhan utara Tianjin, sudah hampir siap pada bahagian struktur utama tetapi terbengkalai sejak 2015 akibat masalah kewangan besar.

Projek itu kini dijangka siap pada tahun 2027.

Dengan 117 tingkat, menara ini dijangka menjadi pencakar langit tertinggi di China ketika mula dibina pada tahun 2008.

Struktur menjulang ini dibina menggunakan teknik ‘kolum mega’ untuk melindungi bangunan daripada angin kencang dan gempa bumi, manakala reka bentuknya seakan tongkat diakhiri dengan atrium berbentuk berlian yang menempatkan kolam renang dan dek pemerhatian.

Menurut firma seni bina P&T Group, bangunan ini asalnya dirancang untuk menempatkan pejabat dan hotel lima bintang di tingkat atas.

Namun, projek ini terbengkalai selepas kejatuhan pasaran saham China pada 2015 yang menyebabkan masa depan Goldin Properties Holdings yang berpangkalan di Hong Kong menjadi tidak menentu.

Pemaju hartanah tersebut, Pan Sutong yang pernah tersenarai antara individu terkaya di Hong Kong telah pun diisytiharkan muflis.

Permit pembinaan baharu yang dilaporkan mencatatkan nilai kontrak hampir 569 juta yuan (RM341 juta) menunjukkan nama pemaju terdahulu mungkin telah digugurkan daripada menara tersebut, menurut media negeri China.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada rancangan asal penggunaan bangunan ini akan diteruskan atau diubah.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya