BEIJING: Ketika ketegangan tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China terus memuncak, muncul naratif mengejutkan melalui video tular dalam TikTok dan Instagram yang mendapat perhatian ramai warganet seluruh dunia mengenai gambaran di sebalik tabir industri pembuatan jenama fesyen mewah. Sejak beberapa minggu lalu, pekerja kilang dan pemilik perniagaan di China menggunakan platform media sosial ini untuk berkongsi apa yang dikatakan sebagai sisi tersembunyi dunia pembuatan fesyen mewah, sambil mendakwa banyak jenama terkenal sebenarnya tidak ‘se-Eropah’ seperti yang disangka. Antara video paling tular dimuat naik oleh pengguna @senbags2 yang meraih lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya