Kubur bayi dirosakkan, jadi sasaran jenayah Islamofobia di UK - Utusan Malaysia

Kubur bayi dirosakkan, jadi sasaran jenayah Islamofobia di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Puluhan makam, termasuk kubur bayi dan kanak-kanak dirosakkan dalam kejadian disyaki jenayah Islamofobia di bandar Watford berhampiran London, mencetuskan kecaman dan kesedihan mendalam dalam komuniti setempat.

Kejadian vandalisme yang merosakkan sehingga 85 kubur itu sedang disiasat oleh Polis Hertfordshire namun, tiada tangkapan dibuat setakat ini, lapor akhbar The Independent pada Isnin.

Jurucakap Wadi Funeralcare menggambarkan insiden itu sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan sambil menambah bahawa kesedihan keluarga terlibat dirasai semua pihak.

“Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada individu dan pertubuhan yang bertindak pantas dan bersolidariti dengan keluarga terjejas serta komuniti kami,” katanya.

Pemimpin Majlis Brent, Muhammed Butt menggesa orang ramai tampil membantu siasatan polis sambil menyatakan simpati kepada keluarga mangsa.

“Saya tidak dapat bayangkan perasaan mereka sekarang. Nampaknya tanah perkuburan Muslim menjadi sasaran dalam jenayah kebencian berbaur Islamofobia ini.

“Tiada tempat untuk kebencian atau diskriminasi dalam apa jua bentuk, lebih-lebih lagi di London, bandar yang menyambut semua dan menjadikan kepelbagaian sebagai kekuatan Utama.

“Kami akan kembalikan Carpenders Park Lawn Cemetery sebagai tempat peringatan yang aman secepat mungkin selepas siasatan polis selesai,” katanya sambil menambah Majlis Brent akan menggantikan plak nama yang rosak dan memulihkan keadaan tanah perkuburan.

Polis Hertfordshire mengesahkan pasukan masih berada di lokasi untuk siasatan. Ketua Superintendan Jon Simpson berkata insiden itu juga akan ditangani dengan serius.

“Siasatan masih berjalan, dan dalam hari-hari seterusnya, kami akan terus berinteraksi dengan komuniti Muslim untuk memberi sokongan dan keyakinan. Pasukan khas juga dilibatkan bagi memastikan sensitiviti dan keperluan komuniti dihormati,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya