Indonesia bakal tanam gandum sendiri - Utusan Malaysia

Indonesia bakal tanam gandum sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia bakal bekerjasama dengan Jordan bagi menjalankan percubaan penanaman gandum di negara itu dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import.

Lapor Xinhua, Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman berkata demikian selepas mengiringi Presiden Prabowo Subianto dalam lawatan ke Jordan dan beberapa negara lain.

Pada Selasa, beliau menandatangani perjanjian kerjasama pertanian dengan rakan sejawatnya dari Jordan, Khaled Huneifat.

“Kami baru pulang daripada lawatan bersama Presiden ke Jordan. Kami akan memperkukuh kerjasama dengan Jordan,” kata Amran dalam sidang akhbar di pejabatnya.

Beliau berkata Indonesia akan bekerjasama dengan Jordan dalam pertukaran maklumat dan teknologi dalam sektor pertanian dan perladangan, serta pengurusan sumber air.

Menurutnya, Jordan bersetuju membantu Indonesia menanam gandum memandangkan negara Asia Barat itu mempunyai sistem pengairan yang baik dan mampu menghasilkan gandum dalam jumlah besar.

“Kami telah menjemput pakar dari Jordan. Kami juga telah menilai kesesuaian iklim untuk pertanian di seluruh Indonesia dan kini sedang mengenal pasti benih unggul yang boleh ditanam di sini,” katanya.

Amran menegaskan jika pelan itu berjaya, ia akan membantu mengurangkan import gandum dari luar negara dengan Indonesia sebelum ini berjaya menanam kurma dari Asia Barat di wilayah-wilayah tropika negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya