China nafi berunding dengan Trump isu tarif

China nafi berunding dengan Trump isu tarif

XI JINPING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China sekali lagi menegaskan tiada sebarang rundingan perdagangan diadakan dengan Amerika Syarikat (AS), meskipun Presiden, Donald Trump, mendakwa beliau menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya, Xi Jinping.

Dalam satu temu bual bersama Time Magazine pada 22 April lalu, Trump mendakwa sudah menerima panggilan tersebut tetapi tidak menyatakan bila ia berlaku atau perincian yang dibincangkan.

“Beliau ada menelefon dan saya tidak fikir itu satu tanda kelemahan di pihaknya,” kata Trump.

Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan China menafikan sebarang rundingan ekonomi atau perdagangan sedang berlangsung antara Beijing dan Washington.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun rasmi WeChat kedutaan China di Washington pada Sabtu, Beijing sekali lagi menolak dakwaan tersebut.

“Tiada sebarang rundingan atau konsultasi antara China dan AS berhubung isu tarif, apatah lagi sebarang perjanjian,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut tidak menyebut nama Trump atau Jinping secara langsung, namun menyatakan dakwaan AS mengenai wujudnya dialog berkaitan tarif tidak benar dan mengelirukan.

“Perang perdagangan ini dimulakan oleh pihak AS sendiri.

“Jika AS benar-benar mahu menyelesaikan isu ini melalui dialog, ia mesti terlebih dahulu membetulkan kesilapan, menghentikan ugutan serta tekanan, dan menarik balik semua langkah tarif unilateral terhadap China,” tegas kenyataan itu.

Kedua-dua kuasa ekonomi terbesar dunia kini terperangkap dalam situasi perang perdagangan yang semakin meruncing, berpunca daripada tarif besar-besaran ke atas barangan China oleh pentadbiran Trump  dengan kadar t mencecah 145 peratus ke atas ratusan produk.

Sementara itu, Trump turut menyatakan dalam temu bual tersebut beliau akan mengumumkan beberapa perjanjian perdagangan dengan rakan dagang AS dalam beberapa minggu akan datang.

“Ada satu angka yang mereka akan rasa selesa. Tetapi kita tak boleh membiarkan mereka membuat keuntungan satu trilion dolar ke atas kami,” kata Trump, merujuk kepada China.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya