Arab Saudi buka pendaftaran sukarelawan musim haji - Utusan Malaysia

Arab Saudi buka pendaftaran sukarelawan musim haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi kini membuka pendaftaran sukarelawan sempena musim haji tahun ini, dalam usaha berterusan memupuk semangat kesukarelawanan dan menggalakkan penglibatan masyarakat menerusi perkhidmatan kemanusiaan.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), orang ramai yang berminat boleh memilih untuk menyertai satu daripada empat laluan utama yang ditawarkan dalam inisiatif tersebut.

Laluan pertama adalah paramedik, yang memberi tumpuan kepada penyampaian bantuan kecemasan dan perkhidmatan menyelamat sebelum ketibaan pasukan perubatan khusus.

Laluan kedua pula ialah kemanusiaan, yang melibatkan khidmat bantuan kepada jemaah haji termasuk pengagihan makanan ringan, air minuman serta panduan di lokasi-lokasi tertentu.

Bagi mereka yang memiliki kemahiran dalam bidang kreatif, laluan media turut disediakan dengan fokus kepada dokumentasi aktiviti sukarelawan melalui fotografi, videografi dan penyuntingan kandungan.

Sementara itu, laluan keempat iaitu logistik menawarkan peluang untuk terlibat dalam pengurusan operasi termasuk pengagihan, pengangkutan serta penyimpanan peralatan dan bahan keperluan utama.

Pihak berkuasa berkenaan menggalakkan orang ramai untuk mendaftar melalui platform sukarelawan rasminya.

Tambahnya, penyertaan bersama Bulan Sabit Merah sebagai satu peluang bermakna untuk memperoleh kemahiran, menyumbang dalam usaha menyelamatkan nyawa serta memberikan sokongan kepada komuniti secara menyeluruh. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya