Angka korban letupan pelabuhan di Iran meningkat 14 orang - Utusan Malaysia

Angka korban letupan pelabuhan di Iran meningkat 14 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Angka korban akibat letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee di selatan Iran meningkat kepada 14 orang, manakala sekurang-kurangnya 750 lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

Menteri Dalam Negeri, Eskander Momeni dalam temu bual bersama penyiar tempatan memaklumkan angka kematian meningkat daripada lapan kepada 14 orang.

Beliau berkata, 200 daripada mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala 300 lagi masih menerima rawatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut Momeni, kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan lain menerusi langkah pengasingan, dengan bantuan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) serta sokongan logistik dari wilayah-wilayah berhampiran.

Beliau turut menegaskan sistem operasi pelabuhan dan kastam tidak mengalami kerosakan serius, membolehkan aktiviti pemuatan, pelepasan kargo dan urusan kastam diteruskan.

Pasukan bomba masih giat berusaha memadamkan kebakaran itu, dengan Momeni berkata keutamaan selepas operasi menyelamat kini adalah memastikan kebakaran terkawal sepenuhnya.

Bantuan tambahan dari bandar-bandar lain, termasuk dari Teheran turut dihantar ke Bandar Abbas dan pihak berkuasa menjangkakan keadaan akan stabil dalam beberapa jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya