1,000 kanak-kanak kudung akibat perang di Gaza

1,000 kanak-kanak kudung akibat perang di Gaza

KANAK-KANAK Palestin, Gade Debabesh antara yang kehilangan anggota badan akibat kekejaman tentera Israel di Semenanjung Gaza. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Di sebuah bilik kanak-kanak di Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza, Ahmed Al-Ghalban, dengan tubuh kurus dan mata cekung, terbaring lemah menanggung kesakitan fizikal serta trauma selepas kehilangan kedua-dua belah kaki dan saudara kembarnya, Mohammed.

Ahmed merupakan antara hampir 1,000 kanak-kanak yang kehilangan anggota badan dalam serangan berterusan itu dengan menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kanak-kanak membentuk lebih 35 peratus daripada jumlah korban.

Bukan sahaja kehilangan kakinya, Ahmed turut kehilangan sebahagian besar jiwanya selepas kematian kembar kesayangannya, Mohammed, yang sentiasa berada di sisinya, termasuk pada saat-saat akhir sebelum mereka terkena serangan peluru berpandu Israel.

Pada Mac lalu, kejiranan Al-Shaima di Beit Lahia menjadi sasaran beberapa siri serangan Israel.

Satu daripada serangan itu mengenai kawasan perumahan keluarga Al-Ghalban dan ketika kejadian, Ahmed dan Mohammed dalam perjalanan menuju ke tempat perlindungan yang lebih selamat selepas kawasan mereka diisytihar sebagai ‘zon merah’ oleh tentera penceroboh Israel.

“Saya memegang tangan abang saya yang tidak pernah berpisah dengan saya. Kami menaiki kereta kuda menuju ke kawasan yang lebih selamat selepas rumah kami dibom, sambil membawa sedikit barangan keperluan.

“Secara tiba-tiba, kami menjadi sasaran serangan. Apabila saya sedar di hospital, saya dapati kedua-dua kaki saya dipotong. Saya juga diberitahu abang dan bapa saudara meninggal dunia,” ujar Ahmed.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kisah memilukan yang menimpa Ahmed dan Mohammed hanyalah satu daripada ribuan tragedi lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya