WASHINGTON: Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam kumpulan sembang melibatkan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, Naib Presiden, JD Vance dan pegawai tinggi lain yang membincangkan serangan terhadap pemberontak Houthi di Yemen. Ketua pengarang majalah The Atlantic, Jeffrey Goldberg, mendedahkan beliau menerima maklumat awal beberapa jam sebelum serangan melalui kumpulan sembang di aplikasi Signal. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, Brian Hughes mengesahkan urutan mesej yang dilaporkan adalah…










