Siling pawagam runtuh ketika tayangan filem Captain America

Siling pawagam runtuh ketika tayangan filem Captain America

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sepasang kekasih berdepan pengalaman ngeri apabila siling sebuah pawagam lama runtuh dan menghempap ​​tempat duduk ketika mereka sedang menonton filem terbaharu di Wenatchee, Washington baru-baru ini.

Menurut Jabatan Bomba Wenatchee, kejadian berlaku pada Selasa kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) semasa tayangan filem Captain America, Brave New World di Liberty Cinema di Wenatchee.

Pawagam itu dibina pada tahun 1919 dan mempunyai lapan skrin, namun kini ditutup ekoran kejadian itu.

Menurut bomba, hanya pasangan itu yang berada di dalam panggung wayang berkenaan semasa kemalangan berlaku dan kedua-duanya amat bernasib baik apabila dapat keluar tanpa sebarang kecederaan.

Pemilik pawagam itu, Sun Basin Theatres, mengakui tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku dan bersyukur pasangan itu selamat.

Ketua Bomba Lembah Wenatchee, Cam Phillips berkata, mangsa mendengar bunyi retakan sebelum sebahagian siling pawagam runtuh.

“Lelaki itu berjalan ke arah skrin dan semasa mendongak, dia menjerit. Teman wanita lelaki tersebut tidak sempat melarikan diri dan siling itu jatuh di sekelilingnya.

“Mereka dipenuhi abu serpihan di tempat duduk yang hanya satu baris di belakang timbunan kayu dan siling yang runtuh.

“Kami bomba benar-benar bernasib baik kerana kemalangan ini tidak berlaku pada malam Jumaat atau Sabtu apabila pawagam penuh,” kata Phillips.

Foto tular menunjukkan filem itu masih ditayangkan pada skrin, tetapi dengan timbunan papan dan jubin siling menutupi bahagian hadapan pawagam.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN