QUETTA: Seramai 40 orang terbunuh termasuk sembilan anggota keselamatan selepas kumpulan pemisah menawan sebuah kereta api di wilayah Balochistan, Pakistan semalam. Menurut pegawai kanan kereta api, Imran Hayat, seorang pemandu kereta api turut terbunuh dalam serangan yang berlaku di dalam Terowong No. 8 di kawasan pergunungan Sibi, Balochistan. Kejadian itu berlaku apabila kereta api Jaffer Express yang membawa kira-kira 450 penumpang dari Quetta menuju ke Peshawar, dihentikan secara paksa oleh…










