WASHINGTON: Harga minyak melonjak dan emas mencapai rekod tertinggi baharu berikutan impak ketegangan geopolitik berterusan, terutama berkaitan Gaza serta Yemen, selain sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap minyak Iran. Saham Wall Street merosot pada Khamis selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) cuba meredakan kebimbangan terhadap tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump, sementara pasaran ekuiti zon euro turut mengalami kejatuhan. Ketiga-tiga indeks utama Wall Street ditutup lebih rendah, melepaskan sebahagian daripada keuntungan…