Anggota PBB terbunuh serangan di Sudan Selatan

Anggota PBB terbunuh serangan di Sudan Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NASIR: Seorang anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa tentera terbunuh dalam serangan ke atas sebuah sebuah helikopter yang cuba menyelamatkan askar Sudan Selatan berhampiran bandar Nasir, menurut misi PBB (UNMISS).

Kejadian berlaku ketika helikopter tersebut dalam misi menyelamatkan tentera selepas pertempuran sengit antara pasukan kerajaan Sudan Selatan dan militan Tentera Putih di Nasir, pada Jumaat.

Kumpulan militan ini dikaitkan dengan kerajaan Presiden, Salva Kiir dengan pasukan yang setia kepada pesaingnya, Naib Presiden Pertama, Riek Machar.

Ketua UNMISS, Nicholas Haysom berkata, serangan itu amat keji dan boleh dianggap sebagai jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.

“Kami kesal tidak dapat menyelamatkan mangsa yang terbunuh, terutamanya apabila telah diberi jaminan laluan selamat.

“UNMISS menyeru agar siasatan dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan mendakwa mereka,” katanya.

Kebanyakan anggota Tentera Putih berasal dari etnik Nuer, pernah berperang bersama pasukan Machar dalam perang saudara 2013-2018 yang menyaksikan mereka bertempur dengan pasukan etnik Dinka yang setia kepada Kiir.

Pada minggu ini, jurucakap Machar melaporkan pasukan keselamatan telah menahan Menteri Petroleum, Menteri Pembinaan Keamanan, Timbalan Ketua Tentera, dan beberapa pegawai kanan tentera yang bersekutu dengan Machar.

Kejadian ini menimbulkan kebimbangan terhadap proses keamanan yang rapuh di negara itu.

Kerajaan belum mengulas mengenai penahanan tersebut, sementara parti Machar menafikan penglibatan mereka dalam pertempuran di Nasir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN