Trump tandatangan perintah eksekutif larang atlet transgender sertai sukan wanita

Trump tandatangan perintah eksekutif larang atlet transgender sertai sukan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif melarang atlet transgender wanita daripada bertanding dalam kategori sukan wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah tersebut yang berkuat kuasa serta-merta menetapkan garis panduan, peraturan serta tafsiran undang-undang, selain memberi kuasa kepada Jabatan Pendidikan AS untuk menyiasat sekolah-sekolah yang disyaki melanggar arahan berkenaan.

Parti Republikan menyokong langkah itu dengan alasan mahu mengembalikan keadilan dalam sukan, namun kumpulan advokasi LGBT dan pertubuhan hak asasi manusia menyelar tindakan tersebut sebagai satu bentuk diskriminasi.

Dalam sidang taklimat bersama wartawan pagi tadi, pegawai kanan Rumah Putih menjelaskan perintah eksekutif itu akan mengubah dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran bekas Presiden, Joe Biden sebelum ini.

Pada April tahun lalu, pentadbiran Biden menyatakan pelajar LGBT dilindungi di bawah undang-undang persekutuan, namun tidak memberikan garis panduan jelas mengenai kedudukan atlet transgender dalam sukan.

Menurut Trump, tindakan ini bertujuan memastikan sukan wanita tidak dimonopoli oleh atlet lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai wanita.

“Jika anda membenarkan lelaki mengambil alih pasukan sukan wanita atau memasuki bilik persalinan mereka, anda akan disiasat atas pelanggaran Title IX dan berisiko kehilangan dana persekutuan,” tegasnya.

Trump berkata, perintah itu akan turut melibatkan atlit yang bertanding di Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Tindakan Trump itu bagaimanapun menerima kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa ia membuka ruang kepada gangguan serta diskriminasi terhadap golongan transgender.

Pada hari pertama beliau kembali ke pejabat pada 20 Januari lalu, Trump turut menandatangani perintah eksekutif lain yang menetapkan definisi rasmi jantina di peringkat persekutuan sebagai lelaki atau wanita sahaja.

Sementara itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung arahan terbaru Trump itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini