WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan rundingan untuk menamatkan perang di Ukraine akan bermula dalam tempoh terdekat selepas mengadakan perbualan mengenai isu itu melalui panggilan telefon hari ini. Panggilan tersebut dibuat selepas Setiausaha Pertahanan Trump, Pete Hegseth menyatakan Kyiv perlu melepaskan matlamatnya untuk menyertai pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta meninggalkan tuntutan terhadap semua wilayah yang dirampas oleh Russia, menandakan perubahan drastik dalam pendekatan Washington terhadap…










