NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan maut di Maharashtra selepas kawasan di barat India itu bergelut dengan wabak penyakit saraf dipanggil Sindrom Guillain-Barre (GBS) yang menyebabkan masalah lumpuh. Bilangan kes GBS meningkat kepada kira-kira 163, dengan kebanyakannya dilaporkan di sekitar bandar Pune, hab teknologi maklumat yang terletak kira-kira 180 kilometer (km) dari Mumbai. Menurut kerajaan negeri, sekurang-kurangnya 21 pesakit terpaksa bergantung kepada sokongan ventilator dan 48 lagi dimasukkan ke unit…










