GAZA: Kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islam dijangka membebaskan tiga lagi tebusan Israel hari ini, sebagai pertukaran untuk 369 tahanan Palestin di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza. Tebusan yang akan dibebaskan dikenal pasti sebagai Sagui Dekel-Chen, warga Amerika-Israel; Alexandre Sasha Troufanov, warga Russia-Israel; dan rakyat Argentina-Israel, Yair Horn. Walaupun senarai tahanan Palestin yang akan bebas belum diumumkan, media Israel mendakwa 333 daripadanya ditahan di Gaza dan akan dihantar…










