Novel edisi pertama Harry Potter dilelong RM115,676

Novel edisi pertama Harry Potter dilelong RM115,676

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Novel fiksyen edisi pertama, Harry Potter and the Philosopher’s Stone, yang jarang ditemukan kini terjual dalam lelongan pada harga lebih 21,000 pound (RM115,676).

Novel itu dilelong di NLB Auctions di Paignton pada Sabtu, dengan bidaan dibuat secara langsung di bilik lelongan, melalui telefon dan dalam talian.

Pemilik rumah lelongan tersebut, Daniel Pearce menemukan buku itu dalam barangan milik seorang lelaki dari Brixham yang meninggal dunia, dan pada asalnya nyaris dibuang.

Beliau menyifatkan harga itu sebagai hasil yang sangat bagus untuk naskah edisi pertama.

Pearce berkata, buku itu berasal daripada cetakan pertama sebanyak 500 naskhah dan merupakan satu daripada 300 salinan yang diedarkan ke perpustakaan awam.

Kesalahan ejaan ‘philosopher’s’ di belakang salinan itu adalah antara perkara yang membantu Pearce mengenal pasti ia sebagai edisi pertama.

“Ia hilang ‘o’ pada penghujungnya,” katanya.

Rumah lelongan itu menetapkan jadual bidaan sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan) bagi menyesuaikan perbezaan waktu untuk pembida di pantai barat Amerika Syarikat (AS). – BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN