SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan hari ini mengumumkan aplikasi DeepSeek tidak akan tersedia dalam aplikasi tempatan sementara menunggu semakan terhadap cara syarikat pemula AI China itu mengendalikan data pengguna. Naib Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi Seoul, Choi Jang-hyuk berkata, aplikasi tersebut digantung sementara pihak berkuasa menyemak amalan pemprosesan data peribadi DeepSeek untuk memastikan pematuhan undang-undang tempatan. DeepSeek melancarkan chatbot R1 pada Januari, mendakwa setanding AI di Amerika Syarikat (AS) dengan…










