Kebakaran hutan Jepun ranapkan 80 bangunan 

Kebakaran hutan Jepun ranapkan 80 bangunan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sekurang-kurangnya seorang maut dalam insiden kebakaran hutan yang merosakkan lebih 80 bangunan dan memaksa ratusan penduduk di Jepun dipindahkan.

Menurut pihak berkuasa, helikopter tentera dikerah untuk membantu memadamkan api marak yang menyebabkan beberapa rumah rentung di kawasan hutan Ofunato di wilayah Iwate.

“Satu mayat yang terbakar ditemui dan dipindahkan ke balai polis berhampiran,” kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP.

Menurut pihak berkuasa tempatan, hampir 600 penduduk sekitar telah dipindahkan dan pegawai bandar meramalkan sekurang-kurangnya 84 bangunan musnah akibat bencana itu.

Datuk Bandar Ofunato, Kiyoshi Fuchigami menyifatkan kebakaran tersebut berskala besar dengan sekitar 1,500 ekar tanah hampir tiga kali saiz bandar Monaco hangus dijilat api.

“Punca kebakaran tersebut masih belum diketahui. Dalam kes kebakaran terbaharu di Iwate ini, angin kuat dari barat telah menyebabkan beberapa kebakaran kecil di kawasan yang sama,” katanya.

Jepun mencatatkan kira-kira 1,300 kebakaran hutan dalam tempoh Februari hingga April ketika udara kering dan angin semakin kuat.

Seorang penduduk yang dipindahkan memberitahu NHK kebakaran itu hampir sampai ke rumahnya ketika dia pulang dari kerja.

“Saya lega kerana anak-anak saya selamat,” katanya.

Seorang lagi mangsa berusia 32 tahun pula berkata ini adalah kali pertama dia melihat kebakaran berlaku dengan pantas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN