Hidangan mi rumah pengebumian jadi kegilaan di China

Hidangan mi rumah pengebumian jadi kegilaan di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah rumah pengebumian di China dilaporkan menerima kedatangan luar biasa daripada penggemar makanan selepas hidangan mi yang disajikan di kantinnya tular di media sosial.

Hidangan itu boleh didapati di Rumah Pengebumia Erlong di wilayah Guizhou, barat daya China.

Kantin tersebut pada asalnya menyediakan makanan untuk pelanggan rumah pengebumian, tetapi selepas berita mengenai mi tersebar, ramai pengunjung termasuk individu menyamar sebagai orang berkabung, mula datang mencuba hidangan berkenaan.

Erlong kini mengumumkan kebenaran untuk sebahagian orang awam makan di premisnya, selagi mereka tidak menganggu mereka yang berkabung.

Rumah pengebumian itu menawarkan pelbagai jenis hidangan mi untuk waktu sarapan dan makan malam, dengan harga 10 yuan (RM6) semangkuk.

Hidangan paling popular dilaporkan adalah mi yang ditabur daging cincang dan kacang.

Pekerja Erlong memberitahu, mereka hanya melayan pelanggan yang datang ke rumah pengebumian untuk urusan kematian.

“Namun, ada individu yang menyelinap masuk semata-mata untuk menikmati semangkuk mi, menyebabkan barisan pelanggan terlalu panjang sehingga terpaksa menunggu beberapa jam.

“Ada juga yang berpura-pura menjadi saudara si mati, sukar untuk membezakannya apabila keadaan sesak dan sukar dikawal,” katanya.

Kegilaan terhadap hidangan itu bermula awal bulan ini, apabila seorang pengguna media sosial memuat naik hantaran mengenai mi tersebut semasa melawat rakannya di Guizhou.

Sejak itu, ramai pengguna media sosial China turut berkongsi pengalaman mereka menikmati hidangan tersebut.- BBC

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×