MANILA: Filipina dikeluarkan daripada ‘senarai kelabu’ badan pemantau kewangan global berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, status yang boleh menghalang transaksi rentas sempadan. Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), sebuah organisasi antarabangsa yang menyelaraskan usaha global untuk membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, mengeluarkan Filipina daripada pemantauan intensifnya selepas hampir empat tahun berada dalam senarai itu. Filipina dimasukkan ke dalam senarai kelabu pada Jun 2021 berikutan beberapa kebimbangan, termasuk…










