WASHINGTON: Presiden, Donald Trump menandatangani satu lagi perintah eksekutif bertujuan memulakan penubuhan dana kekayaan berdaulat Amerika Syarikat (AS), yang menurutnya boleh digunakan untuk menyelamatkan TikTok. Bercakap kepada pemberita selepas menandatangani perintah itu kelmarin, Trump menegaskan, negara lain yang lebih kecil daripada AS sudah mempunyai dana kekayaan berdaulat. “Negara lain mempunyai dana kekayaan berdaulat, dan mereka adalah negara yang jauh lebih kecil, bukan AS,” katanya. Dana kekayaan berdaulat ialah dana pelaburan…