Bangladesh tangkap 33 pelarian Rohingya di sempadan Alikadam

Bangladesh tangkap 33 pelarian Rohingya di sempadan Alikadam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh menahan 33 pelarian Rohingya, termasuk wanita dan kanak-kanak, atas tuduhan menyusup masuk melalui zon sempadan Alikadam di daerah tenggara Bandarban.

Anggota Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) berkata, mereka yang ditahan termasuk sembilan wanita, 10 lelaki dan 14 kanak-kanak.

Pegawainya, Badruddin Kamal berkata, pasukan peronda BGB menjalankan operasi pada Sabtu lalu, berdasarkan maklumat risikan dan 33 Rohingya dari Myanmar ditahan ketika mereka mencari perlindungan di pejabat projek penempatan di Alikadam.

Menurut pihak berkuasa, rakyat Myanmar itu memasuki Bangladesh melalui pelbagai ejen, dengan harapan mendapatkan kehidupan lebih selamat akibat situasi perang di negara itu.

Proses penghantaran pulang 33 Rohinya yang ditahan sedang dijalankan.

11 Januari lalu, pasukan pengawal sempadan turut menahan 53 Rohingya di bandar Alikadam.

Bangladesh menghadapi beban pelarian yang semakin meningkat di daerah sempadan tenggara Cox’s Bazar.

Konflik antara kerajan junta Myanmar dan kumpulan pemberontak Arakan menyebabkan gelombang baharu pelarian Rohinya menuju ke sempadan Bangladesh dan kem pelarian terbesar di Cox’s Bazar.

Kem pelarian itu sudah pun menempatkan lebih 1.2 juta etnik Rohingya sejak mereka melarikan diri daripada operasi ketenteraan Myanmar pada 2017. – ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN