20,000 rakyat Palestin dipaksa tinggalkan kem pelarian Jenin

20,000 rakyat Palestin dipaksa tinggalkan kem pelarian Jenin

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Serangan Israel memaksa lebih 20,000 rakyat Palestin meninggalkan kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat, ketika perang di Gaza beransur reda kerana perjanjian gencatan senjata pada 19 Januari lalu.

Timbalan Gabenor Jenin, Mansour al-Saadi berkata, kebanyakan penduduk meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ‘sehelai sepinggang’ tanpa dokumen dan barangan peribadi.

“Pendudukan (Israel) menghancurkan sepenuhnya kem pelarian Jenin dan memaksa lebih 20,000 penduduk meninggalkan rumah, dokumen dan barangan peribadi mereka,” katanya kepada radio Suara Palestin, kelmarin.

Penduduk yang dipindahkan dijangka mencari perlindungan di bandar-bandar lain di Tebing Barat berikutan kemusnahan yang disebabkan oleh serangan Israel menyukarkan mereka untuk pulang.

Mansour menegaskan, serangan dan kemusnahan yang dilakukan oleh Israel merupakan usaha terancang untuk menghapuskan isu pelarian secara keseluruhan.

Beliau menyifatkan serangan Israel terhadap bandar Jenin dan kem pelariannya sebagai ‘hukuman kolektif’ yang menyasarkan hampir 400,000 penduduk bandar itu.

Pada masa sama, Mansour turut menekankan kerugian ekonomi yang teruk akibat serangan berterusan serta gangguan terhadap sistem pendidikan.

Beliau menggesa organisasi hak asasi manusia dan badan perundangan antarabangsa untuk mendokumentasi jenayah Israel, memandangkan terdapat kemungkinan mayat dan individu cedera masih tertimbus di bawah runtuhan rumah yang musnah.

Peningkatan seragan Israel adalah sebahagian daripada operasi ketenteraan meluas yang bermula pada 21 Januari lalu di Jenin dan kem pelariannya serta bandar sekitar, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Tentera Israel kemudian memperluaskan serangan ke Tulkarem pada 27 Januari, membunuh lagi nyawa.

Serangan baharu turut dilancarkan di bandar Tammun dan kem pelarian Far’a di bandar Tubas.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN