KABUL: Pemangku Timbalan Menteri Luar Taliban, Sher Mohammad Abbas Stanekzai menggesa kepemimpinan tertinggi membuka sekolah untuk pelajar perempuan Afghanistan. Sher Mohammad, yang sebelum ini mengetuai pasukan perunding di pejabat politik Taliban di Doha sebelum pasukan Amerika Syarikat (AS) berundur dari Afghanistan pada 2021, menegaskan sekatan terhadap pendidikan wanita tidak selaras dengan undang-undang Syariah. “Kami meminta pemimpin Emiriah Islam untuk membuka pintu pendidikan. “Pada zaman Nabi Muhammad SAW, pintu-pintu ilmu dibuka…