Suspek tembak diri sendiri sebelum Tesla Cybertruck meletup

Suspek tembak diri sendiri sebelum Tesla Cybertruck meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dalang insiden letupan Tesla Cybertruck di luar Trump Hotel di Las Vegas kelmarin, adalah seorang askar pasukan khas Amerika Syarikat (AS) yang masih dalam perkhidmatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis Las Vegas mengenal pasti suspek sebagai Matthew Alan Livelsberger, 37, dari Colorado Springs, Colorado.

Menurut Pejabat Koroner Daerah Clark, punca kematian Livelsberger adalah bunuh diri akibat luka tembakan yang dilakukan sendiri.

Tujuh orang cedera apabila kenderaan tersebut, yang diisi dengan tong minyak dan mortar bunga api, meletup pada hari tahun baharu.

Pegawai memaklumkan, semua kecederaan adalah ringan.

Livelsberger dilaporkan memandu Cybertruck ke bandar itu pada pagi Rabu, kurang dua jam sebelum letupan berlaku, menurut polis.

Kenderaan tersebut diparkir di hadapan hotel berhampiran pintu masuk kaca, sebelum mula mengeluarkan asap dan akhirnya meletup.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum menentukan sebarang motif di sebalik insiden itu.

“Saya selesa menganggap ini sebagai kes bunuh diri dengan letupan yang berlaku sejurus selepasnya,” kata Sheriff Las Vegas, Kevin McMahill dalam sidang akhbar, semalam.

Penyiasat menemukan kad pengenalan tentera, pasport, dua pistol separa automatik, bunga api, telefon pintar, jam pintar dan beberapa kad kredit dengan nama suspek di dalam kenderaan itu.

McMahill berkata, mayat yang ditemukan dalam kenderaan itu hangus teruk sehingga sukar untuk identitinya dikenal pasti.

Namun, penyiasat menemukan dua tatu pada mayat terbabit yang sepadan dengan milik Livelsberger.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini