Restoran caj RM549 jika tambah nanas pada pizza

Restoran caj RM549 jika tambah nanas pada pizza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORWICH: Sebuah restoran pizza di Norwich, England menarik perhatian kerana memperkenalkan pizza nanas yang dianggap gabungan kontroversi dalam menu penghantaran atas talian pada harga tidak masuk akal iaitu AS$122 (sekitar RM549).

Walaupun mengejutkan, ia bukan rekod harga tertinggi untuk nanas tahun lalu.

Pada Mei lalu, pasaran California menyaksikan penjualan varian nanas berwarna merah dengan harga AS$395.99 (RM1,783), jauh lebih mahal berbanding nanas tin biasa di pasaraya United Kingdom (UK).

Menu baharu berharga AS$122 itu dipromosikan di akaun Lupa Pizza di aplikasi penghantaran makanan UK, Deliveroo.

Hidangan itu diletakkan di samping menu klasik seperti Napoli, Meatball dan Pepperoni, yang semuanya dijual pada harga AS$17 (RM76.56).

Setakat ini, restoran itu belum menerima pesanan untuk pizza AS$122 tersebut, meskipun mendapat pelbagai reaksi dalam talian.

Restoran itu berjanji akan memasukkan pizza nanas dalam senarai istimewa bulanan mereka jika keputusan undian dalam akhbar tempatan, Norwich Evening News memihak kepada gabungan nanas.

Perdebatan mengenai pizza nanas pernah menjadi hangat sehingga hampir mencetuskan krisis politik.

Pada 2017, Presiden Iceland ketika itu, Guoni Th. Johannesson terpaksa menjelaskan bahawa beliau tidak akan mengharamkan pizza nanas di negara itu malah tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan undang-undang demikian selepas kritikan terhadap kombinasi itu tular.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN