Presiden interim Syria janji bentuk kerajaan inklusif

Presiden interim Syria janji bentuk kerajaan inklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Presiden sementara Syria, Ahmed Al-Sharaa memberi jaminan akan membentuk kerajaan peralihan yang inklusif, mewakili masyarakat pelbagai untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas serta adil dapat diadakan.

Beliau menegaskan komitmennya dalam ucapan pertama kepada rakyat sejak dilantik sebagai presiden untuk tempoh peralihan selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad tahun lalu.

Sejak itu, kumpulan Hayat Tahrir Al-Sham, yang mengetuai penggulingan Bashar, menubuhkan kerajaan sementara dan menerima kedatangan delegasi diplomatik Barat serta Arab yang berminat membantu untuk menstabilkan negara selepas 13 tahun perang saudara.

Dalam ucapannya kelmarin, Ahmed berkata akan membentuk sebuah badan perundangan kecil untuk mengisi kekosongan Parlimen sehingga pilihan raya baharu diadakan, susulan pembubaran pada Rabu.

“Saya berdiri di hadapan anda hari ini selepas 54 hari pembebasan kolektif kita – pembebasan Syria daripada belenggu rejim jenayah yang membebankan selama berdekad.

“Hari ini saya bercakap kepada anda bukan sebagai pemerintah, tetapi pelayan kepada negara yang terluka, bertekad untuk mencapai perpaduan dan kebangkitan Syria,” katanya.

Beliau menjelaskan, pengambilalihan jawatan dibuat selepas rundingan dengan pakar undang-undang bagi memastikan proses politik berjalan mengikut norma perundangan.

Ahmed turut mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa untuk mengadakan persidangan dialog kebangsaan yang akan menjadi platform kepada rakyat Syria membincangkan program politik masa depan negara.

Persidangan itu akan diikuti dengan ‘deklarasi perlembagaan, katanya merujuk kepada proses merangka perlembagaan baharu untuk Syria.

Sebelum ini, Ahmed pernah menyatakan proses merangka perlembagaan baharu dan pelaksanaan pilihan raya mungkin mengambil masa sehingga empat tahun.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN