Lapan tebusan dibebaskan di selatan Gaza, Israel tunda lepaskan tahanan Palestin

Lapan tebusan dibebaskan di selatan Gaza, Israel tunda lepaskan tahanan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Lapan tebusan yang dibebaskan di Khan Younis dilaporkan tiba di Israel, menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

IDF dalam satu kenyataan berkata, tiga tebusan warga Israel dan lima lagi warga Thailand yang dibebaskan kini dalam perjalanan ke tempat penerimaan awal di selatan Israel.

“Dua tebusan Israel yang kembali, Arbel Yehud dan Gad Moshe Mozes akan disatukan semula dengan keluarga mereka di sana bersama lima warga Thailand,” kata IDF.

CNN mengesahkan identiti warga Thailand itu dengan kementerian luar di Bangkok iaitu Pongsak Thanna, Sathian Suwannakham, Watchara Sriaoun, Bannawat Saethao dan Surasak Lamnao.

Awal pagi ini, tentera Israel, Agam Berger dibebaskan dari lokasi lain di Gaza dan sudah bersatu semula dengan keluarganya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bersama dengan Menteri Pertahanan, Israel Katz, bagaimanapun telah mengarahkan penangguhan pembebasan tahanan Palestin.

Arahan itu dibuat selepas Netanyahu mendakwa situasi huru-hara dan tidak selamat tercetus di Khan Younis semasa pemindahan tujuh tebusan tersebut di mana orang ramai dilihat berkerumun di sekeliling mereka.

“Penangguhan itu akan dilakukan sehingga tebusan kami dijamin selamat dalam beberapa hari akan datang. Israel menuntut agar pengantara mencapai usaha ini,” katanya.

Reuters melaporkan, bas yang membawa tahanan Palestin diarah untuk berpatah balik ke penjara.

Sebelum ini, Pejabat Media Tahanan yang dikendalikan Hamas berkata, 110 tahanan Palestin ditetapkan untuk dibebaskan selepas Israel menerima tebusan dari Gaza.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN