LOS ANGELES: Kebakaran hutan baharu yang merebak dengan pantas dikesan kira-kira 80 kilometer (km) ke utara Los Angeles. Bencana baharu itu memusnahkan sekitar 5.3km persegi tanah selepas dua kebakaran besar yang memusnahkan bandar metropolitan itu selama lebih dua minggu berjaya dikawal. Pegawai bomba berkata, kebakaran Hughes di kawasan Tasik Castaic di Los Angeles County memaksa pemindahan dengan amaran ancaman serta-merta kepada nyawa. Sebahagian besar selatan California kekal di bawah amaran…










