Dua kanak-kanak maut kapal karam di laut Mediterranean

Dua kanak-kanak maut kapal karam di laut Mediterranean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Sebuah kapal membawa pendatang asing karam di Laut Mediterranean, meragut nyawa dua kanak-kanak.

Menurut kenyataan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jerman, Sea Punks, seramai 17 orang pendatang asing lain berjaya diselamatkan.

Misi menyelamat tersebut dilakukan awal pagi tadi di kawasan pencarian dan penyelamatan (SAR) Malta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang kanak-kanak ditemukan sudah meninggal dunia.

“Pasukan perubatan Sea Punks berusaha memberikan bantuan pernafasan kepada dua lagi kanak-kanak yang lemas namun berjaya menyelamatkan nyawa seorang sahaja,” jelas kenyataan itu.

Seorang wanita hamil dan seorang lelaki yang mengalami kecederaan serius telah diterbangkan menggunakan helikopter penyelamat Malta untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pengawal pantai Itali membawa 15 mangsa yang terselamat dan dua mayat kanak-kanak ke darat.

Menurut kenyataan Sea Punks, mangsa yang terselamat memaklumkan kapal tersebut membawa 21 penumpang semasa bertolak, menyebabkan dua lagi individu masih dilaporkan hilang.

Terdahulu, agensi berita Itali, Ansa melaporkan 15 migran telah berjaya diselamatkan.

Menurut laporan itu, tiga mayat ditemukan dan tiga lagi mangsa masih hilang. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN