Dua beradik alami kemurungan ditemukan maut dalam rumah

Dua beradik alami kemurungan ditemukan maut dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEDIRI: Dua wanita yang merupakan adik-beradik ditemui meninggal dunia dalam keadaan membusuk di rumah mereka di Kediri, Jawa Timur, pada pagi Ahad lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang dikenali sebagai Femala Purwikosari, 45, dan Yuyen Febryanasari, 43, ditemui pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) oleh seorang jiran yang sedang mencari rumput di kawasan sekitar rumah tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kediri, Fauzy Pratama berkata, kedua-dua mangsa dipercayai telah lama mengalami masalah kemurungan dan jarang keluar dari rumah mereka.

“Kedua-dua mangsa adalah adik-beradik yang tinggal bersama di rumah itu. Mereka sudah lama tidak keluar rumah,” kata Fauzy kepada wartawan.

Penemuan itu bermula apabila seorang jiran mencium bau busuk yang datang dari dalam rumah mangsa sebelum beliau segera memanggil pihak pengurusan desa dan polis tempatan untuk membuat pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, mayat kedua-dua mangsa ditemui di dalam bilik tidur mereka,” katanya.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua beradik tersebut.

“Berdasarkan pemeriksaan awal oleh pasukan forensik, tiada sebarang tanda-tanda kecederaan atau unsur kekerasan ditemui pada tubuh mangsa,” jelas Fauzy.

Tambah beliau, jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Bhayangkara untuk pemeriksaan lanjut selepas mendapat persetujuan daripada pihak keluarga.

Menurut keterangan jiran dan ahli keluarga, kedua-dua wanita tersebut mengalami kemurungan sejak beberapa waktu lalu, namun punca sebenar kemurungan itu masih belum dapat dipastikan.

“Setakat ini, siasatan masih diteruskan dan pihak polis akan mendapatkan maklumat tambahan bagi memastikan punca sebenar kematian,” katanya lagi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN