LONDON: Ribuan orang berhimpun di tengah London dalam demonstrasi pro-Palestin menjelang gencatan senjata antara Israel dan Hamas dengan lebih 70 individu ditahan polis. Sebahagian besar ditahan atas dakwaan melanggar perimeter yang dibenarkan untuk protes tersebut berhampiran bangunan-bangunan kerajaan utama di pusat bandar London. Gencatan senjata yang berkuat kuasa esok pagi melibatkan pembebasan tebusan warga Israel oleh Hamas dan tahanan Palestin oleh Israel, pengunduran tentera Israel dari kawasan padat penduduk di…










